Tuesday, 1 July 2014

Nama-nama Kampung Yang Aneh

Jauh berjalan luas pandangan. Itulah kata-kata orang tua-tua kita. Semakin jauh kita mengembara semakin banyak terlihat perkara-perkara yang tak pernah kita jumpa.

Kali ini cuba lihat nama-nama kampung yang pelik-pelik di negara kita. Baru memulakan perjalanan dah terjumpa Jln. Baru Jumpa. Tahukah anda dimanakah jalan ini terletak?
Kalau ke Setiu, Terengganu kita akan berjumpa dengan Kg. Mangkuk. Terletak di persisiran pantai yang cantik, merupakan perkampungan nelayan.
Ke Daerah Hulu Terengganu iaitu di Kuala Berang pula akan terserempak dengan Kg. Imam Lapar. Saudara tahukah sejarah nama kampung ini?
Kampung ini pula? Kg. Lubang Buaya. Tapi dimana ya? 
Jom kongsikan nama-nama kampung yang aneh-aneh, pelik-pelik yang pernah anda jumpa...

2 comments:

  1. Ada rakan menceritakan asal-usul Kg. Imam Lapar. Mengikut riwayat ini, Kg. Imam Lapar diberi nama berdasarkan kisah seorang Tok Imam yang dijemput kenduri ke kampung di seberang sungai, tapi terpaksa menunggu kerana terdapat banyak ular di dalam sungai. Kerana lama menunggu sehingga dia terasa lapar. Maka tempat Tok Imam menunggu itulah dinamakan Kg. Imam Lapar. Sungai yang ada ular dinamakan Kg. Sungai Ular. Dan kampung yang jemput kenduri dinamakan Kg. Nasi Dingin kerana lama menunggu sehingga nasikenduri pun menjadi dingi dan sejuk.

    ReplyDelete