Wednesday, 2 July 2014

Menara Condong Teluk Intan

Selalu juga aku dok lalu Teluk Intan ni. Dah lama tak singgah di dataran Menara Condong.
Hari ini Ahad 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadan 1435 hijri sempat aku singgah sekejap untuk bergambar di Menara Condong Teluk Intan.


Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Bila kita sampai ke bandar Teluk Intan, pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini.


Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.



Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.



Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.



Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.


Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.


Nak tau apa yang menarik di dalam bangunan menara yang telah melebihi usia 100 tahun ni..


Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.


Kecondongan menara ini sering di bandingkan dengan Menara Condong Pisa di Itali. Namun begitu menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan jumlah  anak tangga sebanyak 110,  berbanding menara Pisa yang berketinggian 55 meter.



Kepada yang teringin melawat salah satu dari tempat keajiban di Malaysia ni.. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan. Bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.

Leaning Tower of Teluk Intan
One of the town attractions is a Leaning Tower erected in 1885 by a Chinese builder, Mr. Leong Choon Cheong. It started to tilt four years after its construction finished due to an underground stream. The tower had a clock at the top, and still rings every 15 minutes now. The clock tower was originally used as a water tower, supplying water to the town area, while also reporting the time to all townfolks. It had also served as a beacon to guide ships into Teluk Intan Port. Currently it is a local tourist attraction, and no longer stores water. The area around the tower was paved with bricks and became a plaza. The main street at the centre of Teluk Intan is also named after Mr. Leong Choon Cheong to commemorate his contribution. The name of the street is “Jalan Ah Cheong” (refer below for links to more information and pictures of the Leaning Tower). more

No comments:

Post a Comment