Ekspedisi Gunung Ledang
Setelah membuat perancangan rapi, akhirnya kami memulakan ekspedisi menawan puncak Gunung Ledang setinggi 4187 kaki. Setelum bertolak kami membuat persediaan dan majlis doa selamat.
Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Gunung Ledang mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kira-kira jam 2 petang kami sampai di kaki Gunung Ledang.
Selepas berehat seketika kami memulakan pendakian. Antara cabaran awal yang kami tempuhi ialah hujan lebat menyambut pendakian kami. Walaupun basah kuyup dan kesejukan kami meneruskan pendakian sehingga ke Base Kem iaitu Kolam Anak Gajah. Di situ kami mendirikan khemah, menyediakan makan malam dan berehat mengumpul tenaga untuk pendakian esok.
Keesokan paginya seawal jam 8.30 pagi kami telah memulakan pendakian ke puncak. Perjalan makin mencabar dan kami perlu berhati-hati mengatur langkah melalui laluan yang curam. Kami juga melalui laluan curam berbatu dan adakalanya terpaksa menggunakan tali. Akhirnya segala kepenatan berbaloi apabila kami dapat menikmati pemandangan yang begitu indah sebelum tiba di 'chech point' ketujuh iaitu Bukit Botak.
Tiba di Bukit Botak kami berehat seketika. Sambil berehat kami merakam gambar kenangan.
Apabila meneruskan pendakian kami menempuhi laluan yang lebih sukar apabila melalui denai yang berselirat dengan akar. Tepat jam 5.43 petang kami menjejaki kaki di puncak Gunung Ledang sekaligus merealisasi impian kami. Rasa letih hilang begitu sahaja sebaik kami menikmati keindahan pemandangan ciptaan Ilahi. Subhanallah...
Apabila hari beransur senja kami mula menuruni puncak dan bermalam di Bukit Botak. Keesokan harinya kami menuruni denai yang menguji ketahanan fizikal dan mental kami sekali lagi. Akhirnya kami selamat sampat di kaki Gunung Ledang. Tahniah dan syabas.


No comments:
Post a Comment