Friday, 18 July 2014

2014 : Nahas dua pesawat MAS, rasa tidak percaya

Nahas dua pesawat MAS, rasa tidak percaya


Malaysia hari ini digemparkan dengan berita pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777 yang ditembak jatuh dari udara selepas empat bulan pesawat MH370 hilang dari radar.
Pesawat MH17 yang terbang 300 meter di atas kawasan larangan apabila ditembak jatuh kumpulan pemberontak di timur Ukraine mengorbankan 298 nyawa.
Pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terhempas berhampiran bandar Donetsk dan serpihannya ditemui sejauh lingkungan jarak 15km.
MAS mengesahkan 43 rakyat Malaysia, termasuk dua bayi berada dalam pesawat tersebut.
Donetsk merupakan kawasan pemberontak pro-Rusia, namun setakat ini sama ada kumpulan pemberontak, Ukraine mahupun Rusia tidak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan roket darat ke udara menghala pesawat itu.

KRONOLOGI PESAWAT PENUMPANG MALAYSIA MH17 TERHEMPAS DI SEMPADAN RUSIA

PESAWAT PENUMPANG MALAYSIA MH17 TERHEMPAS DI SEMPADAN RUSIA


Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui di kampunng Grabovo - Reuters

Gambar yang menyedihkan dari Life News


MAS akan mengadakan sidang media pada jam 4 pagi di KLIA

Sepuluh (10) penerbangan Malaysia Airlines, 5 pelepasan dan 5 ketibaan di KLIA dibatalkan

Gambar diambil oleh BBC


Gambar oleh saksi



Gambar diambil oleh saksi


Kesemua anak penumpang maut- Awani

MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki


Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax.

Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.

Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi.

Kerajaan Ukraine sahkan tembak pesawat, Najib umum siasatan sedang berjalan

Kerajaan Ukraine sahkan tembak pesawat, Najib umum siasatan sedang berjalan

Kerajaan Ukraine mengesahkan menembak sebuah pesawat pada ketinggian 40,000 kaki di ruang udara mereka, sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan segera ke atas khabar angin kehilangan pesawat dikhuatiri penerbangan MH17.
Bagaimanapun pihak berkuasa Ukraine tidak mengesahkan penerbangan yang ditembak tersebut.
Laporan agensi berita Reuters dipetik mengatakan pihak berkuasa Ukraine mendakwa pesawat tersebut ditembak oleh kumpulan pemisah.
Laporan Reuters tersebut juga mengatakan kawasan terhempas berada dalam kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Russia.
Najib dalam akaun Twitter miliknya berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengesahkan perkara tersebut.
"Saya terkejut dengan laporan MH terhempas. Siasatan sedang dijalankan," kata Najib.
Pegawai kementerian kecemasan di Ukraine berkata anggota badan kira-kira 100 orang kelihatan bertaburan 15km dari tempat kejadian.
Sebelum itu, laporan mengatakan pesawat membawa 295 penumpang Malaysia terhempas di sempadan Ukraine-Russia, menurut laporan agensi berita Reuters lewat malam ini.
Reuters memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat it dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Laporan tersebut memetik sumber industri penerbangan, bagaimanapun usaha mengesahkan insiden masih sedang diusahakan pihak agensi.
Sementara itu syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) dalam akaun Twitter berkata mereka terputus hubungan dengan penerbangan MH17.
Lokasi terakhir menurut MAS adalah di ruang udara Ukraine. 

Wednesday, 2 July 2014

Menara Condong Teluk Intan

Selalu juga aku dok lalu Teluk Intan ni. Dah lama tak singgah di dataran Menara Condong.
Hari ini Ahad 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadan 1435 hijri sempat aku singgah sekejap untuk bergambar di Menara Condong Teluk Intan.


Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Bila kita sampai ke bandar Teluk Intan, pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini.


Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.



Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.



Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.



Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.


Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.


Nak tau apa yang menarik di dalam bangunan menara yang telah melebihi usia 100 tahun ni..


Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.


Kecondongan menara ini sering di bandingkan dengan Menara Condong Pisa di Itali. Namun begitu menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan jumlah  anak tangga sebanyak 110,  berbanding menara Pisa yang berketinggian 55 meter.



Kepada yang teringin melawat salah satu dari tempat keajiban di Malaysia ni.. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan. Bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.

Leaning Tower of Teluk Intan
One of the town attractions is a Leaning Tower erected in 1885 by a Chinese builder, Mr. Leong Choon Cheong. It started to tilt four years after its construction finished due to an underground stream. The tower had a clock at the top, and still rings every 15 minutes now. The clock tower was originally used as a water tower, supplying water to the town area, while also reporting the time to all townfolks. It had also served as a beacon to guide ships into Teluk Intan Port. Currently it is a local tourist attraction, and no longer stores water. The area around the tower was paved with bricks and became a plaza. The main street at the centre of Teluk Intan is also named after Mr. Leong Choon Cheong to commemorate his contribution. The name of the street is “Jalan Ah Cheong” (refer below for links to more information and pictures of the Leaning Tower). more

Tuesday, 1 July 2014

Nama-nama Kampung Yang Aneh

Jauh berjalan luas pandangan. Itulah kata-kata orang tua-tua kita. Semakin jauh kita mengembara semakin banyak terlihat perkara-perkara yang tak pernah kita jumpa.

Kali ini cuba lihat nama-nama kampung yang pelik-pelik di negara kita. Baru memulakan perjalanan dah terjumpa Jln. Baru Jumpa. Tahukah anda dimanakah jalan ini terletak?
Kalau ke Setiu, Terengganu kita akan berjumpa dengan Kg. Mangkuk. Terletak di persisiran pantai yang cantik, merupakan perkampungan nelayan.
Ke Daerah Hulu Terengganu iaitu di Kuala Berang pula akan terserempak dengan Kg. Imam Lapar. Saudara tahukah sejarah nama kampung ini?
Kampung ini pula? Kg. Lubang Buaya. Tapi dimana ya? 
Jom kongsikan nama-nama kampung yang aneh-aneh, pelik-pelik yang pernah anda jumpa...